BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria (kanan), pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.

Dari: http://www.harakahdaily.my/6-pemimpin-bersih-dipanggil-polis

June 25th, 2011