Siapa bertanggungjawab? Bila ianya akan berakhir?

Tarikh : 26 September 2012 (Rabu)
Masa: 8:00 ptg– 10:00 ptg
Tempat: Pusat Rakyat LoyarBurok
3-4 (Tingkat 4), Jalan Bangsar Utama 3
Bangsar Utama, 59000
Kuala Lumpur

 

Panelis
Phil Robertson
Timbalan Pengarah (Bahagian Asia), Human Rights Watch
N.Surendran
Pengasas Bersama & Penasihat, Lawyers for Liberty
Nalini Elumalai
Pengarah Eksekutif, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

 

Lebih sedekad yang lalu, beratus-ratus orang telah mati dalam tahanan polis dan ditembak mati tetapi sehingga sekarang masih belum ada akauntabiliti,ketelusan atau apa-apa siasatan sebenar yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab, seperti mahkamah, polis, Jabatan PeguamNegara dan hospital sewaktu memberikan bantuan perubatan atau menjalankan bedah siasat.

Walaupun jelas serius, pembunuhan yang tidak mengikut lunas undang-undang ini masih didiamkan oleh badan-badan penting yang memilih untukmeremehkan, mengabaikan dan menutup salahlaku ini dan selanjutnya menyebabkan institusi-institusi penting ini hilang kredibiliti dan keyakinan awam.

Kerajaan benar-benar enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi Menyiasat Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan secara berterusandan membuta tuli memberikan sokongan kepada polis tanpa mengira jenayah, salah laku dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka.

Dengan pelbagai program perhubungan awam, penjenamaan semula, penggunaan twitter dan facebook masih tidak dapat mengembalikan danmemulihkan keyakinan orang ramai terhadap polis. Para panelis akan membincangkan siapa yang bertanggungjawab dan bilakah ianya akan berakhir.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Eric Paulsen – 017-6768 106; [email protected]
Afiq M Noor – 010-3666 434; [email protected]

www.lawyersforliberty.org