URGENT PRESS STATEMENT
Kuala Lumpur Police Chief’s Total Failure to Explain Cause of Noorizwan’s Death is Irresponsible, Unacceptable and Contrary to Pathologist’s Findings
15 October 2026
We refer to the press conference by the Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Fadil Marsus, at IPK Kuala Lumpur today on the death of Noorizwan Zulkefly in police custody.
The press conference shed no light on how Noorizwan suffered his grisly death; did not acknowledge that he had suffered any injuries; was deeply disrespectful of the feelings of his grieving daughter and family; and was defensive and irresponsible.
The statements and comments made at the press conference by Fadil Marsus constituted an outrageous and unacceptable attempt to use Noorizwan’s alleged previous arrest records to divert attention from the serious and extensive injuries suffered by him in police custody.
It is shocking that Fadil Marsus had no explanation whatsoever about those barbaric injuries which have stunned the nation.
We can now confirm the following:
1. That the police have full knowledge of the cause of death as well as the detail of the injuries suffered by Noorizwan.
2. That 2 police officers from Bukit Aman were present at the briefing by the senior pathologist at HUKM on 12 October 2026, at which the family and ourselves were present.
3. The senior pathologist told everyone present that Noorizwan died from blunt force trauma to the head.
4. The senior pathologist described in detail the horrific injuries all over the body of Noorizwan.
5. The senior pathologist showed the photographs of all the injuries to the police and ourselves.
In the face of all this evidence, shown to the police as well as ourselves, how can the police claim that they do not yet know the cause of death and stay silent upon the extensive injuries?
Fadil also stated that the Noorizwan death is being investigated as a ‘sudden death case’ (SDR). This is absolutely unacceptable as the police are themselves fully aware from the pathologist’s briefing that there are severe injury marks upon the body. Upon receiving that information, the police should have immediately classified the case as murder under Section 302 of the Penal Code.
To add insult to injury, Fadil Marsus said the injuries in the photographs made public by the family at the press conference was because “small injuries on a drug addict upon death will look worse.” This is an outrageous and misleading remark, as the pathologist had already informed police of the extensive injuries all over the body, including generalised bleeding in the brain. The injuries were not because he was a drug addict who had a fall but because of severe beatings while in police custody.
Without any regard for the feelings of the deceased’s family, Fadil Marsus mainly focused upon Noorizwan’s past criminal records. What possible bearing does this have on how he died? Article 5(1) of the Federal Constitution guarantees every person the right to life. A man with a criminal record and a man with a clean record are owed exactly the same thing by the State: that he leaves the police lock-up alive and not beaten to death.
The purpose of raising the alleged criminal record is obvious. It is to tell the public that Noorizwan’s death matters less. We reject that entirely, and so should every Malaysian, because the protection of the law is worth nothing if it is extended only to those the police say are deserving.
Fadil Marsus confirmed that arrest and detention procedures were complied with. Yet, the family was not even informed of Noorizwan’s remand until after his death. This shows that the police themselves had breached the very same procedures that they claimed were complied with.
The police have also asked the public not to speculate, and asked for space to conduct a thorough investigation. The family is not speculating. They are relying on a pathologist’s findings, and on photographs taken during the autopsy and after Noorizwan’s body had been surrendered to them for burial. It is the police who have offered the public alleged criminal records in place of an explanation.
In response to the press conference of the Kuala Lumpur Police Chief, we demand on behalf of the family as follows:
1. That the Attorney-General Datuk Mohd Dusuki Mokhtar immediately intervene in this matter and classify the investigation into Noorizwan’s death as a murder investigation under Section 302 of the Penal Code;
2. That all police officers in IPD Cheras involved in Noorizwan’s killing be suspended from duty, arrested, and investigated for murder;
3. That the Inspector-General of Police forms a special investigation team from Bukit Aman to probe this case;
4. That the Kuala Lumpur Police Chief refrain from issuing any statements or be involved in any manner in the investigation of Noorizwan’s
Issued by,
RANIA ALJUNIED
Director of Lawyers for Liberty (LFL)
&
Lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly
DINA ZAMRI
Lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly
KENYATAAN MEDIA PENTING
Kegagalan Ketua Polis Kuala Lumpur Menjelaskan Punca Kematian Noorizwan Adalah Tidak Bertanggungjawab, Tidak Boleh Diterima dan Bercanggah dengan Penemuan Pakar Patologi
15 Oktober 2026
Kami merujuk kepada sidang akhbar oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, di IPK Kuala Lumpur hari ini berhubung kematian Noorizwan Zulkefly dalam tahanan polis.
Sidang akhbar tersebut langsung tidak menjelaskan bagaimana Noorizwan menemui kematian yang mengerikan itu; tidak mengakui bahawa beliau telah mengalami sebarang kecederaan; sangat tidak menghormati perasaan anak perempuan dan keluarganya yang sedang berduka; serta bersifat defensif dan tidak bertanggungjawab.
Kenyataan dan komen yang dibuat di sidang akhbar oleh Fadil Marsus merupakan satu percubaan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima untuk menggunakan dakwaan rekod tangkapan lampau Noorizwan bagi mengalihkan perhatian daripada kecederaan serius dan meluas yang dialaminya dalam tahanan polis.
Amat mengejutkan bahawa Fadil Marsus tidak mempunyai sebarang penjelasan langsung mengenai kecederaan yang bersifat kejam itu, yang telah menggemparkan seluruh negara.
Kami kini boleh mengesahkan perkara berikut:
1. Bahawa pihak polis mempunyai pengetahuan penuh mengenai punca kematian serta butiran kecederaan yang dialami oleh Noorizwan.
2. Bahawa 2 orang pegawai polis dari Bukit Aman hadir pada taklimat oleh pakar patologi kanan di HUKM pada 12 Oktober 2026, yang turut dihadiri oleh pihak keluarga dan kami sendiri.
3. Pakar patologi kanan tersebut telah memberitahu semua yang hadir bahawa Noorizwan meninggal dunia akibat hentakan objek tumpul ke kepala.
4. Pakar patologi kanan tersebut telah menghuraikan secara terperinci kecederaan yang mengerikan di seluruh tubuh Noorizwan.
5. Pakar patologi kanan tersebut telah menunjukkan gambar-gambar kesemua kecederaan itu kepada pihak polis dan kami.
Dengan adanya kesemua bukti ini, yang telah ditunjukkan kepada pihak polis sepertimana kepada kami, bagaimana mungkin pihak polis mendakwa bahawa mereka masih belum mengetahui punca kematian dan terus berdiam diri mengenai kecederaan yang meluas itu?
Fadil juga menyatakan bahawa kematian Noorizwan sedang disiasat sebagai kes mati mengejut (SDR). Ini sama sekali tidak boleh diterima memandangkan pihak polis sendiri sedar sepenuhnya daripada taklimat pakar patologi bahawa terdapat kesan kecederaan parah pada tubuh mangsa. Sebaik menerima maklumat tersebut, pihak polis sepatutnya dengan serta-merta mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambahan pula, Fadil Marsus menyatakan bahawa kecederaan dalam gambar-gambar yang didedahkan oleh pihak keluarga di sidang akhbar adalah kerana “kecederaan kecil pada seorang penagih dadah akan kelihatan lebih teruk selepas kematian.” Ini merupakan satu kenyataan yang keterlaluan dan mengelirukan, kerana pakar patologi telah pun memaklumkan kepada pihak polis mengenai kecederaan yang meluas di seluruh tubuh, termasuk pendarahan menyeluruh di dalam otak. Kecederaan tersebut bukanlah kerana beliau seorang penagih dadah yang terjatuh, tetapi kerana pukulan yang teruk semasa berada dalam tahanan polis.
Tanpa sebarang pertimbangan terhadap perasaan keluarga si mati, Fadil Marsus lebih menumpukan kepada rekod jenayah lampau Noorizwan. Apakah kaitannya perkara ini dengan bagaimana beliau meninggal dunia? Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup bagi setiap orang. Seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan seorang lelaki yang bersih rekodnya berhak kepada perkara yang sama daripada Negara: bahawa dia keluar dari lokap polis dalam keadaan hidup dan bukannya dipukul sehingga mati.
Tujuan membangkitkan dakwaan rekod jenayah itu amat jelas. Ia adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa kematian Noorizwan kurang bernilai. Kami menolak sekeras-kerasnya anggapan itu, dan setiap rakyat Malaysia juga sepatutnya menolaknya, kerana perlindungan undang-undang tidak bererti apa-apa jika ia hanya diberikan kepada mereka yang dianggap layak oleh pihak polis.
Fadil Marsus mengesahkan bahawa prosedur tangkapan dan penahanan telah dipatuhi. Namun, pihak keluarga tidak pernah dimaklumkan mengenai reman Noorizwan sehinggalah selepas kematiannya. Ini menunjukkan bahawa pihak polis sendiri telah melanggar prosedur yang sama yang didakwa mereka telah patuhi.
Pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, dan meminta ruang untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh. Pihak keluarga tidak membuat sebarang spekulasi. Mereka berpegang kepada penemuan pakar patologi, dan kepada gambar-gambar yang diambil semasa bedah siasat serta selepas jenazah Noorizwan diserahkan kepada mereka untuk dikebumikan. Sebaliknya, pihak polis yang menawarkan dakwaan rekod jenayah kepada orang ramai sebagai ganti kepada satu penjelasan.
Sebagai respons kepada sidang akhbar Ketua Polis Kuala Lumpur, kami menuntut bagi pihak keluarga seperti berikut:
1. Bahawa Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar segera mencelah dalam perkara ini dan mengklasifikasikan siasatan ke atas kematian Noorizwan sebagai siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan;
2. Bahawa semua pegawai polis di IPD Cheras yang terlibat dalam pembunuhan Noorizwan digantung tugas, ditangkap, dan disiasat atas kesalahan membunuh;
3. Bahawa Ketua Polis Negara menubuhkan satu pasukan siasatan khas dari Bukit Aman untuk menyiasat kes ini;
4. Bahawa Ketua Polis Kuala Lumpur tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau terlibat dalam apa jua bentuk dalam siasatan berhubung kematian Noorizwan.
Dikeluarkan oleh ,
RANIA ALJUNIED
Pengarah Lawyers for Liberty (LFL)
&
Peguam kepada keluarga Noorizwan Zulkefly
DINA ZAMRI
Peguam kepada keluarga Noorizwan Zulkefly

