PRESS STATEMENT
IGP & GOVT MUST BREAK THEIR SILENCE ON EXTENSIVE & GRUESOME INJURIES TO DEATH IN CUSTODY VICTIM NOORIZWAN ZULKEFLY
14 October 2026
We refer to the gruesome death in police custody of Noorizwan bin Zulkefly on 1 October 2026. Noorizwan, aged 42 years old, was held in police custody for 11 days at IPD Cheras before his shocking death.
On 12 October 2026, the family of Noorizwan with their lawyers received full details from the senior forensic pathologist at Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM on the findings of the autopsy examination of the late Noorizwan. The family was given a description of the injuries and viewed the photographs of the injuries. The injuries were horrific and can be summarized as follows:
1. Severe swelling over the entire skull area;
2. Generalised bleeding in the brain;
3. Extensive swelling around the eyes (black eyes);
4. Lacerations around the eyes;
5. Extensive swelling and lacerations around the ears;
6. Swelling in the collarbone area;
7. Swelling in the chest area;
8. Extensive swelling in the upper right back;
9. Extensive swelling in the right shoulder;
10. Extensive swelling in the left shoulder;
11. Extensive swelling in the right arm;
12. Lacerations in the wrists;
13. Internal bleeding in the intestinal area;
14. Extensive swelling in the hip;
15. Extensive swelling in the upper thigh;
16. Extensive swelling and lacerations in both knees;
17. Extensive swelling in the calves;
18. Extensive swelling and lacerations in the right foot;
19. Extensive swelling and lacerations in the left foot;
20. Extensive swelling in the sole of the right foot; and
21. Extensive swelling in the sole of the left foot.
The areas with extensive swelling stated above showed subcutaneous bleeding when the skin was peeled back during the autopsy procedure. This indicates severe beatings endured by the victim.
The senior forensic pathologist informed the family and the lawyers on 12 October 2026 that the death of Noorizwan was due to blunt force trauma to the head. In simple terms, this means that the deceased Noorizwan had been beaten throughout his body over a period of days which finally resulted in his death.
The injuries listed above confirm that this case is the worst case of police custodial death since the Kugan case in 2009.
It is outrageous that there has been no explanation or transparency from the Inspector-General of Police or the Home Minister or the Government of Malaysia since this horrendous death occurred 13 days ago. Despite the gruesome manner in which Noorizwan met his death in police custody, there is total silence from the police and the Government.
The family of Noorizwan has not been updated as to the status of the investigations and requests for information from the lawyers and the family had been refused point-blank by the senior investigating officer from Bukit Aman. The family has been kept entirely in the dark.
On behalf of the family of the deceased, we demand that the Inspector-General of Police and the Home Minister act swiftly and transparently to bring the perpetrators of this killing to justice. Why is there no report of any police officer being arrested or suspended or charged with Noorizwan’s murder? Why has the Attorney General not ordered this case to be classified as murder under section 302 of the Penal Code?
The current manner in which this matter is being dealt with by the police and the Government is totally unacceptable to the family of the deceased and to the Malaysian public.
Issued by,
RANIA ALJUNIED
Lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly
&
Director of Lawyers for Liberty (LFL)
WAN NABILAH DINA
Lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly
edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS NEGARA DAN KERAJAAN MESTI BERHENTI MEMBISU BERHUBUNG KECEDERAAN PARAH DAN MENGERIKAN YANG DIALAMI OLEH MANGSA NOORIZWAN ZULKEFLY DALAM TAHANAN POLIS
14 Oktober 2026
Kami merujuk kepada kematian mengerikan Noorizwan bin Zulkefly dalam tahanan polis pada 1 Oktober 2026. Noorizwan, yang berusia 42 tahun, telah ditahan dalam tahanan polis selama 11 hari di IPD Cheras sebelum kematiannya yang mengejutkan.
Pada 12 Oktober 2026, keluarga Noorizwan bersama-sama peguam mereka telah menerima maklumat terperinci daripada pakar patologi forensik di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM berhubung dapatan pemeriksaan bedah siasat ke atas arwah Noorizwan. Keluarga telah diberikan penerangan mengenai kecederaan yang dialami dan ditunjukkan gambar-gambar kecederaan tersebut. Kecederaan yang dialami amat mengerikan dan boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Bengkak teruk pada keseluruhan bahagian tengkorak;
2. Pendarahan menyeluruh (generalised bleeding) di dalam otak;
3. Bengkak teruk pada kawasan mata (mata lebam);
4. Luka koyakan pada kawasan mata;
5. Bengkak teruk dan luka koyakan pada kawasan telinga;
6. Bengkak pada kawasan tulang selangka;
7. Bengkak pada bahagian dada;
8. Bengkak teruk pada bahagian atas belakang sebelah kanan;
9. Bengkak teruk pada bahu kanan;
10. Bengkak teruk pada bahu kiri;
11. Bengkak teruk pada lengan kanan;
12. Luka koyakan pada pergelangan tangan;
13. Pendarahan dalaman di kawasan usus;
14. Bengkak teruk pada bahagian pinggul;
15. Bengkak teruk pada bahagian atas paha;
16. Bengkak teruk dan luka koyakan pada kedua-dua belah lutut;
17. Bengkak teruk pada bahagian betis;
18. Bengkak teruk dan luka koyakan pada kaki kanan;
19. Bengkak teruk dan luka koyakan pada kaki kiri;
20. Bengkak teruk pada tapak kaki kanan; dan
21. Bengkak teruk pada tapak kaki kiri.
Bahagian-bahagian yang mengalami bengkak teruk seperti yang dinyatakan di atas menunjukkan pendarahan di bawah kulit apabila kulit disingkap semasa prosedur bedah siasat. Hal ini menunjukkan bahawa mangsa telah mengalami pukulan yang teruk.
Pada 12 Oktober 2026, pakar patologi forensik tersebut memaklumkan kepada keluarga dan peguam bahawa kematian Noorizwan adalah disebabkan oleh trauma tumpul di bahagian kepala (blunt force trauma to the head). Secara ringkasnya, ini bermakna arwah Noorizwan telah dipukul pada keseluruhan badan dalam tempoh beberapa hari, sehingga akhirnya mengakibatkan kematiannya.
Kecederaan yang disenaraikan di atas mengesahkan bahawa kes ini merupakan kes kematian dalam tahanan polis yang paling teruk sejak kes Kugan pada tahun 2009.
Amat keterlaluan bahawa sehingga kini, tiada sebarang penjelasan atau ketelusan daripada Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri mahupun Kerajaan Malaysia sejak kematian ngeri ini berlaku 13 hari yang lalu. Walaupun Noorizwan menemui ajal dalam tahanan polis dalam keadaan yang begitu mengerikan, pihak polis dan Kerajaan terus senyap membisu.
Keluarga Noorizwan tidak diberikan sebarang perkembangan terkini mengenai status siasatan dan permintaan keluarga dan peguam untuk mendapatkan maklumat telah ditolak oleh pegawai penyiasat dari Bukit Aman. Ahli keluarga tidak diberikan sebarang maklumat.
Bagi pihak keluarga arwah, kami menuntut agar Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bertindak segera dan secara telus untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan ini dibawa ke muka pengadilan. Mengapakah tiada laporan mengenai mana-mana pegawai polis yang ditangkap, digantung tugas atau didakwa atas pembunuhan Noorizwan? Mengapakah Peguam Negara masih belum mengarahkan supaya kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan?
Pendekatan pihak polis dan Kerajaan dalam mengendalikan perkara ini tidak boleh diterima sama sekali oleh keluarga arwah mahupun rakyat Malaysia.
Dikeluarkan oleh,
RANIA ALJUNIED
Peguam kepada keluarga Noorizwan Zulkefly
Pengarah, Lawyers for Liberty (LFL)
WAN NABILAH DINA
Peguam kepada keluarga Noorizwan Zulkefly

